Topik 9 ini berkaitan dengan peraturan dan disiplin murid, pengurusan
devian dan salah laku serta pekeliling dan peraturan. Guru hendaklah menangani
masalah devian yang berlaku dalam kalangan pelajar secara profesional. Guru
juga mestilah bijak dalam mencorak anak didiknya agar mereka tidak berasa tersisih
dan melakukan salah laku. Pelajar memerlukan perhatian yang sama rata daripada
guru dan hal ini haruslah dilaksanakan oleh guru tanpa ada unsur pilih kasih. Program
Pengurusan Tingkahlaku adalah merupakan dokumen bertulis yang menjelaskan
perkara-perkara seperti jenis perlakuan yang dinilai, kekerapan perlakuan dan
keadaan semasa perlakuan dinilai. Sebagai contoh, setiap guru mesti ada satu
bentuk sistem pengurusan tingkah laku-kawal kelas bagi membolehkan berlakunya
pembelajaran yang sihat dan produktif. Guru perlu membimbing tingkah laku murid
ke arah positif dan menghentikan tingkah laku negatif agar murid bebas dari
sebarang gangguan. Terdapat beberapa langkah asas bagi pengurusan tingkahlaku
iaitu dengan mengenal pasti jenis tingkahlaku yang hendak dikaji terlebih
dahulu dan kemudian tentukan sasaran. Seterusnya pilih strategi yang hendak
digunakan serta mengkaji kesan dan akhir sekali mengaplikasi strategi baru jika
perlu. Terdapat tiga perkara asas dalam pengurusan tingkah laku. Perkara
tersebut adalah peneguhan, hukuman, dan prompts.
a) Peneguhan
Peneguhan merupakan satu bentuk objek, stimuli atau perbuatan. Ia
diberikan kepada tingkah laku tertentu dengan tujuan untuk meningkatkan
kekuatan dan kekerapan tingkah laku tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa tingkah
laku dapat digalakkan melalui amalan peneguhan.
b) Hukuman
Hukuman merupakan satu bentuk tingkah laku yang diberikan selepas
melakukan sesuatu tingkah laku yang salah. Hukuman boleh dibahagikan kepada
tiga bahagian. Bahagian pertama adalah satu tingkah laku tertentuterjadi.
Bahagian kedua pula menyatakan tentang satu konsikuen serta mengikuti tingkah
laku tersebut dan bahagian ketiga adalah sebahagian hasil daripada tingkah laku
yang kemungkinan tidak berlaku lagi di masa akan datang.
Kesimpulannya, pengurusan tingkah
laku ini adalah bermula daripada guru dengan menunjukkan tingkah laku yang baik
terlebih dahulu. Setiap murid mempunyai sikap yang berbeza maka guru hendaklah
belajar untuk memahami sikap murid dan mengambil tindakan yang sewajarnya ke
atas sesuatu tindakan itu.
No comments:
Post a Comment