persekitaran sekolah |
Bab
ini bertujuan untuk memastikan kita dapat memahami, berbincang dan mengenal
pasti aspek-aspek berkaitan dengan hubungan organisasi sekolah atau pendidikan
dengan masyarakat, isu pendidikan semasa dan dapat mengaitkannya dengan
pendidikan globalisasi. Community Based Education (CBE) didefinisikan sebagai
proses individu dewasa menjadi kompeten menangani keterampilan, sikap dan
konsep dalam hidup di dalam dan mengawal aspek tempatan dari masyarakat melalui
partisipasi secara demokratik (Michael W. Galbraith). Globalisasi adalah proses
di mana kejadian, keputusan dan kegiatan di salah satu bahagian dunia menjadi
suatu konsekuensi yang signifikan bagi individu dan masyarakat di tempat,
daerah atau negara lain yang jauh. Pendidikan memerlukan tindakan secara
holistik agar masyarakat memperoleh mutu pendidikan yang setara, bersifat
futuristik dalam menghadapi masa depan yang penuh persaingan.
Pelaksanaan
hubungan pendidikan bersama masyarakat ialah melalui pelaksanaan pendidikan
Formal iaitu sekolah yang memiliki program pendidikan untuk masyarakat,
Non-formal iaitu ahli-ahli yang memiliki kegiatan untuk masyarakat di luar
fungsinya dan In-formal iaitu kegiatan pendidikan yang ada dan berkembang di
dalam masyarakat.
persekitaran sekolah |
Antara
tujuan hubungan pendidikan dengan masyarakat ialah menggalakkan inisiatif
meningkatkan komitmen dan penglibatan masyarakat terhadap sekolah melalui
pelaksanaan desentralisasi serta menggalakkan masyarakat membangunkan inovasi
dan mengganti peranan sekolah meningkatkan mutu, kerelevanan, efesien kepada
pihak sekolah.
Antara
isu dan cabaran pendidikan semasa ialah integrasi nasional. Integrasi nasional
melalui Dasar Pelajaran boleh dipupuk melalui penerapan nilai, keberkesanan
mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan, konsep Sekolah Wawasan, pemantapan
aktiviti kurikulum dan kokurikulum dan perkasakan bahasa Kebangsaan.
persekitaran sekolah |
Isu
dan cabaran pendidikan semasa kedua ialah pendemokrasian. Pendidikan tumpuan
dalam pendemokrasian pendidikan ialah untuk membasmi buta huruf tanpa mengira
latar belakang, tahap pendidikan yang disediakan bertaraf universal dan
penyediaan infrastruktur terbaik kepada semua sekolah seluruh negara. Isu dan
cabaran ketiga ialah perkembangan profesionalisme guru iaitu memimpin
perubahan, utamakan daya pengeluaran, perkembangan semasa dan perkembangan
teknologi.
Kesimpulannya,
negara Malaysia perlu melibatkan semua pihak dalam proses meningkatkan kualiti
proses pembelajaran dan pengajaran samaada di dalam atau luar bilik darjah.
Dengan ini, negara kita dapat menghasilkan pelajar-pelajar yang cemerlang dan
terbilang untuk mendukung aspirasi negara supaya dapat melahirkan insan yang
mempunyai rohani dan intelek yang terbilang.
No comments:
Post a Comment