Tuesday, December 25, 2018

BAB 2: INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN


Bab ini membicaraan tentang interaksi dan pembelajaran maksud disini adalah tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain iaitu tindak balas antara dua pihak atau lebih. Menurut Chaplin, interaksi adalah hubungan sosial antara beberapa individu yang bersifat alami yang individu-individu itu saling memengaruhi satu sama lain secara bersamaan.       

Image result for interaksi dan pembelajaran
pembelajaran di sekolah
            Terdapat beberapa jenis interaksi yang telah saya pelajari dalam topik yang kedua ini. Antaranya ialah interaksi dalam bilik darjah. Interaksi ini bermaksud saling bertindak antara satu sama dengan yang lain. Dalam hal ini, guru perlu menggalakkan interaksi pelajar sama ada dengan guru atau sesama rakan yang lain semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Interaksi di dalam bilik darjah boleh berlaku dalam bentuk lisan dan bukan lisan.


Terdapat beberapa bentuk interaksi dalam bilik darjah. Pertama, interaksi sehala iaitu guru dan pelajar. Pelajar dipaksa untuk menerima apa-apa sahaja ilmu pengetahuan yang diberikan oleh guru. Pelajar juga tiada kuasa untuk berinteraksi dengan pelajar lain kerana guru menggunakan pendekatan autoritarian dalam interaksi ini. Kedua, interaksi dua hala. Interaksi dua hala berlaku apabila guru bertanya, pelajar akan menjawab dan begitulah sebaliknya. Interaksi dua hala ini menggalakkan pelajar untuk bertanya jika ada kemusykilan tentang apa yang mereka pelajari di dalam bilik darjah. Interaksi yang ketiga pula ialah interaksi kumpulan.

Interaksi kumpulan bertujuan untuk menggalakkan  penyertaan aktif pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PDP). Guru hanya menjadi pemerhati dan memperbetulkan apa-apa yang perlu sahaja dalam interaksi ini. Melalui interaksi ini, perhubungan murid dengan murid yang lain dapat dieratkan. Semangat untuk bekerjasama, toleransi, tolong-menolong di kalangan murid juga dapat dipupuk. Seterusnya, interaksi pelbagai hala iaitu interaksi di antara guru dengan murid dan murid dengan murid. Ini merupakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bercorak aktif. Perhubungan di antara guru dengan murid juga dapat dieratkan lagi melalui interaksi ini.
Image result for interaksi dan pembelajaran
kaedah interaksi kepada pelajar
 Interaksi di dalam bilik darjah adalah untuk menggalakan komunikasi antara guru dan murid. Komunikasi merujuk kepada pertukaran dan pengaliran maklumat daripada seseorang kepada orang yang lain. Proses penghantaran mesej daripada penghantar kepada penerima dikenali sebagai komunikasi. Komunikasi berkesan hanya akan berlaku apabila penerima memahami mesej yang dihantar dengan tepat. Komunikasi terbahagi kepada dua bentuk iaitu komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan. Komunikasi lisan melibatkan pemindahan idea menggunakan bahasa, intosani suara dan dialek yang mudah difahami. Manakala, komunikasi bukan lisan pula melibatkan ialah pergerakan badan, eye contact dan postur badan.
Kesimpulannya, interaksi dalam bilik darjah adalah pelbagai dan sangat penting untuk menggalakan para murid untuk turut serta dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini untuk menimbulkan minat dan perhatian murid terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Komunikasi juga penting untuk tujuan pertukaran maklumat atau idea di dalam bilik darjah.








No comments:

Post a Comment