Wednesday, December 26, 2018

BAB 8:STRATEGI PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN


Strategi membawa maksud pelbagai cara untuk mencapai tujuan. Strategi juga dapat disebut sebagai perilaku yang diambil oleh seseorang yang menggambarkan berbagai tindakan terkait dengan keadaan atau permainan (Benoit dan Trigeorgis, 2011). Manakala, Pengurusan terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sesebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih entiti untuk tujuan menyelaras dan mengharmonikan kumpulan tersebut bagi mencapai sesuatu matlamat yang telah dirancangkan (Buck, 2010). Seterusnya, bilik pembelajaran pula merujuk kepada satu ruang atau tempat fizikal yang selesa bagi pelajar untuk mencari dan mempelajari sesuatu ilmu. Oleh itu, strategi pengurusan bilik pembelajaran merupakan perilaku mengawal, mengorganisasi, dan menganalisis tempat pembelajaran supaya dapat memenuhi matlamat yang ingin dicapai.
 Menurut Guey R. Lefroncis (1999) mentafsirkan strategi pengurusan bilik pembelajaran sebagai sesuatu konsep yang komprenhensif untuk pelbagai aktiviti guru yang dirancang dengan tujuan memudahkan cara pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam bilik darjah merangkumi tindakan disiplin, rutin harian, penyusunan tempat duduk dan memperuntukkan masa pelajaran. Selain itu, menurut Richards (1990) mendefinisikan strategi pengurusan bilik darjah sebagai organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Dalam strategi pengurusan bilik pembelajaran ini terdapat beberapa faktor yang perlu dititikberatkan antaranya, keadaan fizikal dalam bilik pembelajaran dan interaksi yang wujud dalam bilik pembelajaran. Untuk faktor yang pertama, guru seharusnya peka dengan susunan fizikal seperti meja dan kerusi yang terdapat dalam bilik pembelajaran. Menurut Marland 1975 menilai susunan fizikal dalam bilik pembelajaran mungkin merupakan kawan atau musuh dalam pembelajaran. Oleh itu, guru haruslah memastikan bahawa susunan fizikal dalam bilik pembelajaran dalam posisi yang terbaik supaya keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran itu dapat ditunaikan. Contohnya, meja guru diletakkan dibahagian depan dan menghala kepada pelajar supaya setiap perilaku pelajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran dapat diperhatikan dan dikawal dengan baik.
     Seterusnya, strategi pengurusan bilik pembelajaran ini menuntut kepekaan guru untuk mewujudkan interaksi. Secara umumnya, interaksi ini terbahagi kepada dua iaitu interaksi sehala dan interaksi dua hala. Interaksi sehala ini membawa erti guru mengawal segala aktiviti di dalam bilik pembelajaran. Manakala, interaksi dua hala pula merujuk kepada pendekatan yang dilakukan oleh guru seperti perbincangan atau kaedah induktif dalam bilik pembelajaran. Kesannya, pelajar akan lebih memahami maklumat yang ingin dicari apabila adanya komunikasi sesama mereka dalam bilik pembelajaran. Melalui dengan ini, budaya sihat dan proaktif dalam bilik pembelajaran dapat dihasilkan kerana adanya komunikasi berlaku.
     Kesimpulanya,strategi pengurusan bilik pembelajaran ini menuntut kepekaan dan kepakaran guru dalam menganalisis, mengawal, dan mengorganisasi sesebuah kelas supaya matlamat melahirkan modal insan itu dapat ditunaikan.

No comments:

Post a Comment