Gaya kepimpinan, organisasi sekolah, kepimpinan peringkat sekolah, dan
kepimpinan guru akan dibincangkan dalam tajuk ini Bab ini juga akan mengenal
pasti gaya kepimpinan dan menjelaskan peranan pemimpin dalam peringkat sekolah
serta memahami gaya kepimpinan guru. Selain itu, terdapat 4 gaya kepimpinan
yang diamalkan di sekolah iaitu:
1. Autokratik
- Hubungan sehala
- Arahan dari pengetua
- Guru-guru menurut arahan tanpa
soal
- Rancangan pengetua perlu
dilaksanakan
2. Demokratik
- Lebih liberal
- Pengetua akan berbincang sebelum membuat keputusan
- Keputusan: dasar persetujuan majoriti
- Pandangan guru diambil perhatian oleh pihak pengurusan
sekolah
3. Laissez-faire
-
Bertentangan dengan autokratik
- Memberi kebebasan, kurang unsur-unsur
kawalan dan kurang memberi pandangan
- Kurang mengambil bahagian dalam
perlaksanaan aktiviti
- Pengetua berperanan sebagai pemerhati
senyap
4. Kontigensi.
- Bahawa tiada cara khusus yang sama dalam semua keadaan untuk memimpin dan mentadbir organisasi sekolah
- Kepimpinan mengikut situasi.
Menurut Robbins 2003, organisasi adalah suatu
badan yang dianggotai oleh pelbagai individu dengan kelebihan yang pelbagai
yang menjalankan tugas dan peranan yang berbeza bagimencapai matlamat yang
sama. Organisasi juga merupakan sistem pendidikan negara bergantung kepada
organisasi pendidikan itu sendiri. Antaranya ialah organisasi sekolah. Hal ini
kerana, organisasi sekolah penting untuk memastikan pentadbiran sesebuah
sekolah itu berjalan dengan lancar. Di samping itu, kepimpinan guru juga
akan dibincangkan dibawah tajuk ini. Tindakan-tindakan yang guru lakukan dalam
mengendalikan proses PdP. Segala kegiatan yang dijalankan oleh guru
dalam rangka untuk menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan.
Terdapat gaya pengajaran yang
dijalankan antaranya:
i) Pengajaran secara tidak langsung
( pengajaran berpusatkan pelajar)
ii) Pengajaran secara langsung.(
pengajaran berpusatkan guru)
kesimpulannya dengan terdapat gaya kepimpinan, organisasi sekolah dan
kepimpinan guru ini, aktiviti PdP di sekolah tersebut dapat berjalan dengan
lancar tanpa sebarang gangguan.organisasi pula merupakan sebuat unit yang
sangat membawa impak terhadap sesuatu matlamat. Kedua-duanya elemen ini adalah
saling berhubung antara sama lain.
No comments:
Post a Comment