Topik 10 ini berkaitan dengan
pengurusan penasihatan murid. Bab ini menjelaskan tentang fungsi seorang guru
bukan sahaja mengajar bahkan sebagai penasihat kepada para pelajarnya agar
mereka yang mempunyai masalah dapat dibantu dengan sebaiknya. Sesi kaunseling
terhadap pelajar amat perlu terutamanya bagi pelajar yang mempunyai masalah
dalam pembelajaran mahupun kendiri. Pengurusan penasihatan murid ini sangat
penting untuk dilaksanakan agar masalah-masalah yang berlaku dapat diatasi
hingga ke akar umbi.
Namun begitu, pelbagai aspek haruslah ditekankan ketika
memberikan sesi kaunseling dan bimbingan iaitu dengan mematuhi kod etika
bimbingan & kaunseling serta tidak melakukan perkara yang bercanggah
daripada aspek bimbingan & kaunseling. Sebagai seorang guru, sikap
profesional dalam menangani isu dan masalah pelajar sangat diperlukan agar
pelajar dapat memberikan kerjasama dalam menyelesaikan masalahnya.
Tuntasnya, pengurusan penasihatan
murid merupakan suatu bentuk tindakan untuk memberi bimbingan dan panduan
kepada murid untuk membuat pilihan yang baik untuk kehidupan mereka dan ia juga
merupakan suatu tugas yang memerlukan ibu bapa, pihak sekolah, guru dan murid untuk
memberi kerjasama bagi sama-sama terlibat untuk membantu.
No comments:
Post a Comment