Pengurusan
murid pelbagai upaya
Pengurusan murid pelbagai upaya
merupakan satu langkah yang diambil untuk membantu murid-murid yang mengalami
masalah dalam pembelajaran. Secara amnya, pengurusan murid pelbagai upaya ini
lebih terarah kepada program pendidikan kahas yang dijalankan ke atas
pelajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran sama ada secara fizikal atau
mental. Pendidikan kahas itu sendiri merujuk kepada program yang dibentuk untuk
memenuhi keperluan pendidikan murid-murid yang berkeperluan khas. Pendidikan
khas juga merujuk kepada satu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi,
kaedah dan teknik untuk mengajar murid-murid istimewa kerana mereka tidak
berupaya untuk mencapai target yang sepatutnya daripada program sekolah aliran
perdana.
|
pengurusan pelbagai upaya kepada pelajar pendidikan khas |
Kajian
mengeni pengurusan murid pelbagai upaya ini memfokuskan kepada empat topik
perbincangan iaitu pemulihan, pengayaan, pelbagai kecerdasan dan berkeperluan khas.
Program pemulihan dan pengayaan diwujudkan atas arahan Kementerian Pelajaran
Malaysia bertujuan untuk memastikan murid-murid yang menghadapi masalah dalam
pembelajaran mampu untuk belajar sekiranya guru-guru menggunakan kaedah
pembelajaran yang sewajarnya. Manakala pelbagai kecerdasan ialah teori
yang diperkenalkan oleh seorang tokoh barat iaitu Howard Gardner. Teori ini
membincangkan tentang pelbagai keupayaan yang dimiliki oleh murid yang
mempunyai kecerdasan dan kepintaran luar biasa. Aspek keempat yang diberi
tumpuan dalam kajian ini ialah bekeperluan khas. Melalui topik ini, pelbagai
masalah pembelajaran dibincangkan seperti masalah disleksia, hiperaktif,
sindrom down, autisme dan kerencatan mental. Selain itu, aspek murid pintar
cerdas juga turut diberi penekanan dalam kajian ini.
|
pengurusan pelbagai upaya kepada murid pendidikan khas |
Pengurusan
Murid untuk Pemulihan dan Pengayaan
1. Pemulihan
Menurut
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), perkataan “pulih” bermaksud kembali seperti
biasa atau kembali dalam keadaan semula. Manakala “pemulihan” pula bermaksud
perbuatan memulihkan dan pengembalian kepada keadaan semula. Dalam konteks
pelajar pelbagai upaya, pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi
masalah dalam pembelajaran. Pembelajaran pemulihan kebiasaannya dikaitkan
dengan usaha untuk memperbaiki sesuatu kekurangan atau memperbetulkan sesuatu.
Selain itu, menurut Ab. Rahman, et. al. 1997 dalam buku Pengantar Pendidikan
Khas karya Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad (2011), pemulihan merupakan
lanngkah-langkah khas yang diusahakan untuk membantu murid-murid yang
menghadapi masalahpembelajaran dalam menguasai kemahiran 3M. Mereka ini
kemudiannya diberikan program pemulihan sebaik sahaja masalah tersebut dapat
dikesan.
Program
Pemulihan merupakan langkah-langkah khusus yang dijalankan bertujuan untuk
membantu murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam
kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Golongan pelbagai upaya
ini perlu dipulihkan sebaik sahaja masalah yang dihadapi itu dapat dikesan oleh
guru mata pelajaran atau guru bilik darjah dengan langkah-langkah yang
sewajarnya.
Menurut
Kementerian Pelajaran Malaysia pula, program pemulihan ini dispesifikasikn
kepada Program Pemulihan Khas yang dibina untuk membantu murid-murid yang
menghadapi masalah khusus dalam pembelajaran, iaitu untuk membantu mereka
meguasai kemahiran asas 3M. Menurut Jabatan Pendidikan Khas Kementerian
Pelajaran Malaysia, 2008 yang diolah oleh Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad
dalam bukunya yang bertajuk Pengantar Pendidikan Khas (2011), murid pemulihan
khas didefinisikan sebagai murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan
kemahiran 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif.
Secara
kesimpulannya, pemulihan merupakan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran
alternatif yang diguakan untuk membantu murid yang menghadapi masalah di dalam
kelas. Pelaksanaan program pemulihan ini bermatlamat untuk menghakis jurang
perbezaan terutamanya pencapaian murid dalam sesuatu aktiviti. Sekiranya
matlamat ini dapat dicapai, golongan pelbagai upaya ini tidak merasa diri
mereka disisihkan dan mereka dapat belajar bersama-sama dalam suasana
pembelajaran yang lebih baik dalam kelas.
2. Pengayaan
Menurut
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), perkataan “gaya” pula membawa maksud sikap
dan cara berkelakuan yag menjadi ciri seseorang. Manakala “pengayaan” pula
bermaksud perihal (usaha, proses, pencorakan) menggayakan, misalnya menggayakan
atau meluaskan kosa kata.. Pengayaan ialah aktiviti-aktiviti tambahan kepada
aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan sama ada di dalam waktu sekolah atau
di luar kawasan sekolah. Aktiviti pengayaan disediakan untuk semua murid di
dalam kelas, sama ada di peringkat sekolah rendah atau menengah dan sama ada
kumpulan cerdas atau sederhana cerdas. Dalam kajian terhadap pengurusan murid
pebagai upaya ini, pengayaan merujuk kepada aktiviti-aktiviti yang dilakukan
oleh pelajar yang bermasalah pembelajaran untuk menambahkan pengetahuan dan
memperluaskan pengalaman mereka.
Sesuai
dengan keperluan pendidikan kini yang tidak lagi berpusat kepada guru, program
pengayaan memberi peluang kepada murid menjalankan aktiviti secara aktif.
Keadaan ini bersesuaian dengan kehendak program pengayaan yang menyediakan
aktiviti bercorak belajar sendiri tanpa memerlukan banyak pimpinan dan tunjuk
ajar daripada guru. Hal ini bermakna, program pengayaan bukan sahaja dapat
memenuhi keperluan setiap individu dari segi memperluaskan pengetahuan dan
pengalaman, malah turut merangsang peemikiran murid.
Pengayaan
boleh dibahagikan kepada dua iaitu pengayaan mendatar dan pengayaan menegak.
Pengayaan mendatar merupakan aktiviti pengayaan berdasarkan kepada tahap
pencapaian murid. Murid-murid dalam kumpulan akan diberi aktiviti pengayaan
yang lebih mudah dan kurang mencabar daripada aktiviti yang diberi kepada
kumpulan sederhana dan cerdas. Manakala pengayaan menegak merupakan aktiviti
pengayaan berdasarkan minat dan bakat murid dalam kumpulan cerdas sahaja.
Aktiviti ini akan dirancang dan dilaksanakan dalam bentuk yang lebih kompleks,
mencabar dan dalam peringkat yang lebih tinggi daripada taraf pencapaian murid
darjah biasa.
Dalam
melaksanakan program pengayaan ini, beberapa prinsip perlu diberi perhatian.
Antaranya ialah memberi penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan
eksperimental, membuat kerja sendiri dan hasilan kerja, menggunakan daya usaha
sendiri, memberi peluang untuk mengembangkan sifat kepimpinan sosial,
menggunakan kaedah dan organisasi yang mudah diubah serta melibatkan pembacaan
yang luas. Selain itu, bahan bantu belajar yang sering digunakan untuk aktiviti
pengayaan ialah kad-kad bacaan tambahan, lembaran kerja, permainan dan
rekreasi, dan alat-alat teknologi yang lain. Bahan-bahan ini haruslah
mengandungi penerangan dan penjelasan yang jelas supaya mudah difahami oleh
murid.
Kesimpulannya,
pelajar-pelajar yang mempunyai pelbagai upaya memerlukan pelajaran pada
kelajuan yang sesuai. Pengurusan murid merupaka satu bidang yang penting
disekolah. Maka dapat difahami bahawa pengurusan pelbagai upaya adalah
merupakan sebuah usaha untuk membantu ramai individu lain yang mempunyai
keupayaan yang berbeza untuk turut sama berjaya dalam akademik